20 sebab kenapa kita perlu ambil suplemen/vitamin
Berikut adalah sebab- sebab mengapa kita perlukan suplemen/vitamin. Sedar atau tidak sedar antara sebab-sebab berikut menyebabkan nutrien semulajadi dalam badan kita semakin berkurang.
1.
Tidak mengikut piramid makanan atau
makanan seimbang.
2.
Masalah Penghadaman~ Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan
penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang
sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih
besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim
penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan
penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
3.
Kopi, Teh Panas & Rempah ~Tabiat meminum air yang terlalu panas atau
pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan
inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan
kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral
menjadi kurang.
4.
Alkohol
~ Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan
pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma.
Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih
banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin
B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
5.
Rokok
~ Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan
meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi
sistem imun.
6.
Julap / ubat sembelit / ubat kurus ~ Penggunaan julap secara berlebihan boleh
mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan.
Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut
lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh
menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
7.
Fad Diet ~
Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang
mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara
ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian
yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan
baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
8.
Makanan Terlebih Masak ~ Memasak terlalu lama atau memanaskan semula
daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
9.
Makanan Diproses (dalam tin) ~ Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan
jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau
hilang sama sekali.
10.
Makanan segera
~ Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan
keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
11.
Antibiotik
~Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang
menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam
perut dan usus.
12.
Alahan Makanan
~ Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan
sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan
kalsium.
13.
Kehilangan Nutrien Tanaman ~Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran
dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
14.
Kemalangan dan Penyakit ~ Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein,
vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink,
Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
15.
Tekanan atau Stress ~Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh
meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
16.
Sindrom pra haid ~ Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60%
wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan
pengambilan suplemen Vitamin B6.
17.
Remaja
~ Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu
usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih
banyak nutrien berbanding orang dewasa.
18.
Wanita Hamil
~Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses
tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
19.
Pil Perancang ~ Pil
perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan
tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
20.
Warga Emas
~Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral
khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.
Anda di kategori yang mana...?
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health
http://www.jomsihatdanbertenaga.blogspot.com/2014/05/mealshakes.html?m=1
BalasPadam