Jumaat, 30 Mei 2014

AMALAN - AMALAN SUNAT DI BULAN SYAABAN


Hadith : Dari Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.

Huraian Hadith:
  1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab da Ramadhan.
  2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
  3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa
  4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah: 
  • Memperbanyakkan doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
  • Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al-Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat

Sumber : www. islam. gov.my

IKTIBAR PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

MENGAMBIL IKTIBAR PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ DARI SUDUT AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK

Rejab bermaksud mulia. Oleh itu bulan Rejab adalah bulan mulia. Dinamakan Rejab kerana dahulu bangsa Arab sangat memuliakan bulan ini. Kemuliaan Rejab terletak pada puasa sunat Rejab, solat sunat Rejab, istighfar Rejab dan peristiwa Israk dan Mikraj. Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : “Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku”.

Dalam hadith lain, Nabi bersabda yang maksudnya : “hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah akan memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan pada hari akhirat kelak.”
Peristiwa Israk disebut melalui firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Muhammad S.A.W) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Surah al-Isra’ : 1).

Manakala kisah Mikraj disebut dalam ayat yang bermaksud : “dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril (dalam rupa aslinya) pada waktu yang lain, iaitu di Sidratil Muntaha (tempat yang paling tinggi di atas langit yang ke tujuh), di tempatnya ada Jannatul Ma’wa (syurga sebagai tempat tinggal). Muhammad melihat Jibril ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya, penglihatan Muhammad tidak berpaling dari yang disaksikannya dan tidak pula melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda kekuasaan Tuhannya yang paling besar”. (Surah al-Najm : 13 – 18)

Israk ialah perjalanan malam Nabi Muhammad S.A.W dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin. Mikraj pula ialah keadaan Nabi Muhammad S.A.W dibawa terus naik ke langit ke tujuh dan Sidratul Muntaha.
Peristiwa ini berlaku pada tanggal 27 Rejab sebagai memberikan kekuatan batin kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam memperjuangkan dan menegakkan agama Allah di bumi Makkah. Ia berlaku pada saat Nabi S.A.W menghadapi ujian berat dan tingkat perjuangan yang sampai ke tahap kritikal dengan gangguan, penghinaan dan penganiayaan.

Keadaan lebih tertekan selepas isteri Baginda, Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Thalib meninggal dunia. Justeru, hilanglah salah satu kekuatan dan benteng tempat Rasulullah S.A.W menyandarkan harapan dalam perjuangannya. Kehilangan kedua-dua tokoh yang juga sayap perjuangan Baginda S.A.W amat memilukan hatinya.
Lantaran itulah sebagai langkah penghilang kedukaan ini, Allah ingin meninggikan martabat Nabi S.A.W untuk bertemu-Nyasecara berdepan supaya kekuatan zahir dan batin akan diperoleh sepenuhnya oleh Nabi dalam meneruskan usaha dakwah Baginda.

Tidak perlu diceritakan satu persatu peristiwa yang dialami Baginda S.A.W sepanjang berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, tetapi lebih menjurus kepada beberapa persoalan dan jawapannya yang tersurat dan tersirat di sebalik mukjizat agung itu.

Dalam peristiwa itu ada beberapa perkara penting yang dijadikan pengajaran meliputi aspek akidah, syariah dan akhlak. Memperingati Israk dan Mikraj akan mengembalikan ingatan kaum muslimin terhadap Nabi dan para sahabat pada peringkat awal dakwah Islamiah di Makkah.

Pertemuan Nabi Muhamad S.A.W dengan ramai para Rasul seperti Nabi Adam, Nabi Yahya, Nabi Isa, Nabi Idris, Nabi Harun, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim, menggambarkan betapa kuatnya susur galur generasi atau salasilah anbia, bermula dari nabi pertama hingga ke saat pengutusan Nabi Muhammad S.A.W sebagai pelengkap generasi anbia. Sebagai pendakwah, tugas Rasulullah S.A.W ialah menyampaikan wahyu daripada Allah, namun tiada upaya Nabi memaksa masyarakat Arab menerima seruannya kerana hanya Allah yang lebih berkuasa membuka pintu hati manusia untuk menerima apa yang Nabi serukan.

Pada peringkat awal dakwah Islamiah, Nabi S.A.W menerima pelbagai kesusahan dan kesulitan. Mujur adanya Saidatina Khadijah dan Abu Thalib mempertahankan baginda. Kewafatan mereka sedikit sebanyak mengusarkan Nabi. Bagi orang yang biasa mungkin akan ada yang akan berputus asa kehilangan orang yang dikasihi.

Bagi Nabi Muhammad S.A.W, Allah ingin menunjukkan kepada Baginda bahawa hanya kepada Allah tempat bergantung harap. Sehubungan itu, Baginda diangkat ke Hardat-Nya untuk menunjukkan di sebalik tentangan dan kehilangan dua orang penolong serta pembantunya di bumi, Allah masih tetap wujud dan akan tetap membantu Nabi menghadapi kesulitan mendatang.

Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik, manakala malaikat akan memberi hormat kepada Nabi S.A.W selepas berjuang bersusah payah menghadapi rintangan dan akhirnya pasti Baginda akan mendapat kekuatan baru meneruskan misi dakwah
Firman Allah S.W.T berhubung peristiwa Israk dan Mikraj dalam al-Quran dimulakan dengan perkataan Subhanallah yang bermaksud Maha Suci Allah. Kata-kata ini memberi pengertian bahawa kekuatan dan kesucian itu adalah milik mutlak Allah melampaui segala kekuatan makhluk di dunia.

Konsep Subhanallah menunjukkan bahawa Allah itu Maha Suci Zat, Sifat dan Perbuatan-Nya. Apabila disebut Subhanallah dalam ayat itu, pasti diyakini juga peristiwa itu Allah melakukannya. Lantaran, timbullah kesan di dalam hati manusia bahawa peristiwa itu benar-benar ajaib dan luar biasa dari jangkauan akal dan kemampuan manusia.
Ini diperkuatkan lagi dengan sambungan ayat iaitu ala-lazi asroo bi abdihi (yang mengisrakkan – memperjalankan – hambaNya pada malam hari) yang menjelaskan bahawa Rasulullah S.A.W itu diisrakkan (diperjalankan ) dan bukannya berjalan sendiri.

Lafaz hambaNya (Muhammad S.A.W ) menerangkan bahawa sifat hamba itu adalah di bawah kekuasaan dan genggaman tuannya (Allah). Jelas di sini, peristiwa Israk dan Mikraj itu dilakukan oleh Allah dan bukan perbuatan Rasulullah S.A.W secara bersendirian. Kenyataan ini menafikan dakwaan bahawa peristiwa itu adalah perjalanan mengikut kehendak dari diri Rasulullah itu sendiri.

Apakah hikmah di sebalik pemilihan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa sebagai tempat penting peristiwa Israk dan Mikraj?

Masjid adalah rumah ibadat bagi orang Islam. Masjid al-Haram adalah rumah peribadatan pertama dibangunkan untuk manusia, manakala Masjid al-Aqsa adalah suatu tempat suci di bumi Allah yang menjadi pusat kegiatan Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi-nabi yang lain.

Israk dan Mikraj adalah peristiwa yang amat hebat dan besar, lantaran itulah ia termasuk dalam salah satu mukjizat agung Baginda S.A.W dan dengan memperingatinya menyuburkan kembali iman setiap Muslim.
Ketika peristiwa Israk dan Mikraj, dua masjid ini saja yang tegak di atas muka bumi Allah, maka selayaknyalah binaan ini diperbesarkan sebagai lambang ketinggian syiar Islam itu sendiri.

Ini membenarkan lagi keagungan kedua-dua masjid itu di sisi Allah. Walaupun ketika itu Kaabah masih tertutup oleh lingkungan berhala -berhala dan Baitulmaqdis lebih dikaitkan dengan agama Samawi selain Islam, tetapi Islam tetap menaik taraf kedua-dua masjid itu kemudiannya sebagai tempat suci umat Islam.
Mengapakah kewajipan lain diperintahkan melalui wahyu, sedangkan solat difardhukan secara langsung oleh Allah tanpa perantaraan wahyu?

Ada banyak kenyataan sama ada melalui al-Quran mahupun al-Hadith menerangkan kepentingan mengerjakan solat. Solat adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya dia telah mendirikan agama dan sesipa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama.
Lantaran kepentingannya juga, ia adalah perkara pertama yang akan dihitung dari neraca amalan manusia pada hari akhirat kelak. Mengerjakan solat atau meninggalkannya disebut sebagai batasan samada seseorang itu Islam atau sebaliknya.

Ini menunjukkan bahawa solat adalah ibadat terpenting dalam Islam, lantaran itulah kewajipan mengenai pensyariatannya diberikan dalam keadaan yang istimewa iaitu diturunkan secara langsung oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril.
Ibaratnya begini, apabila seseorang pemimpin, penguasa atau ketua memerintahkan dan mengarahkan sesuatu kepada orang bawahannya secara bertulis, maka boleh diandaikan bahawa apa yang diperintahkannya itu adalah masalah yang biasa. Tetapi jika perkara yang diarahkan itu suatu yang amat penting atau istimewa, maka orang bawahan itu akan dipanggil secara mengadap untuk menyatakan perkara itu. Seorang ketua tidak akan memanggil pekerjanya itu kecuali jika perkara yang ingin disampaikan itu benar-benar penting.

Rasionalnya lagi, Mikraj adalah penghargaan tinggi daripada Allah kepada Rasulullah, lantaran mulianya kedudukan Nabi di sisi Allah sedang Baginda diutus adalah sebagai rahmat bagi seluruh alam semesta. Allah mahu memberinya sesuatu yang kelak dapat diamalkan oleh umatnya dalam usaha mendekatkan diri kepadaNya pula.
Sesungguhnya Israk dan Mikraj ini adalah peristiwa yang amat hebat dan besar. Lantaran itulah ia termasuk dalam salah satu mukjizat agung Baginda S.A.W. Semoga memperingatinya akan menyuburkan kembali iman yang sering turun naik dan menjadi suatu ingatan yang berpanjangan dan berkekalan selama hayat dikandung badan dan bukannya ingatan yang bermusim yang hanya dikenang dalam bulan Rejab.

 Artikel ini adalah hasil tulisan Ustaz Mohd. Kamel bin Mat Salleh, Penolong Pengarah di Pusat Pemantapan Akidah (JAKIM), Jelebu Negeri Sembilan dan pernah tersiar dalam Akhbar Berita Harian pada tahun 2000.


Sumber : http://ppajakim.com

Isnin, 12 Mei 2014

GLA COMPLEX




GLA Complex
60 kapsul

GLA, Vitamin E, dan Minyak Benih Bunga Matahari
GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormone yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integrity sel
Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
Menyokong sistem imun
Minyak Borage, yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang dengan mudah terserap

Khasiat dan Kelebihan GLA

  • Mengurangkan senggugut
  • Meningkatkan kesuburan wanita
  • Menstabilkan hormon
  • Menstabilkan kitaran haid
  • Menangani simptom menopous
  • Membantu mengecutkan cyst
  • Membantu memperbaiki masalah prostat dan simptom andropos bagi lelaki
  • Merawat tumit pecah
  • Menyerikan kulit & memudarkan jeragat
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Menghalang komplikasi diabetes
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan ,kulit kering
  • Meringankan sakit & bengkak yang terjadi dari rheumatism, arthritis
  • Membantu pelangsingan, menghalang pertambahan berat badan



Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

NUTRIFERON





NutriFeron
30 sticks

Penemuan hebat dalam sains sistem imun
NutriFeron merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun. Bila diambil setiap hari dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan anda yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun

Formula berpaten ekslusif yang menyediakan tahap tertinggi bagi perlindungan imun harian kita
Satu-satu nya suplemen yang dicipta oleh penemu interferon – Dr Yasushiko Kojima selepas lebih daripada 40 tahun penyelidikan
Mengandungi MACH – satu campuran interferon yang merangsang ekstrak tunbuhan (500 mg) yang telah dipatenkan. Campuran proprietary ekstrak tumbuhan semulajadi ini berasal daripada biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle yang telah terbukti secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun semulajadi pada tahap selular
Terbukti dengan 4 kajian klinikal terhadap manusia

Perbezaan Shaklee
Dalam satu kajian makmal baru-baru ini, Nutriferon telah menunjukkan yang ia memberi kesan secara positif terhadap sel-sel pembunuh semuajadi (Natural Killer –NK) – sokongan tambahan bagi penemuan hebat dalam sains sistem imun.

Khasiat dan Kelebihan NutriFeron

  • Mempertingkatkan keseluruhan sisten imun
  • Merupakan interferon semulajadi
  • Menggalakkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi dengan baik untuk membunuh bakteria
  • Mengurangkan hipertensi , tahap kolestrol yang tinggi
  • Membantu mengurangkan simptom PMS
  • Mengurangkan infeksi oleh pesakit Hepatitis B & C
  • Melindungi tubuh daripada vrus, mikrob, termasuk flu, influenza
  • Membantu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kimoterapi
  • Merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus & kuman
  • Melawan kanser & tumor



Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.


Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

Ahad, 11 Mei 2014

DTX COMPLEX



DTX Complex
120 tablet

Memberi perlindungan untuk hati anda
DTX Complex menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula herba yang unik dengan antioksidan dan mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu yang bila digabungkan dapat melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat
Mengandungi ekstrak biji benih pokok tisu tisel yang ditunjukkan dalam penyelidikan menyokong keupayaan normal badan membuat protein yang membantu jana semula sel hati

Cendawan Reishi dan Schizandra chinensis mempunyai ciri-ciri antioksida
Dandelion , kunyit dan artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu

Khasiat dan Kelebihan DTX Complex

  • Sebagai antioksida membantu pembaikan & regenerasi sel hati
  • Mengekalkan pengaliran hempedu yang normal
  • Mengeluarkan toksin daripada hati
  • Menggalakkan fungsi hati yang sihat
  • Membekalkan antioksidan yang menyahtoksikkan hati
  • Menolong tubuh dalam proses perkumuhan toksik



Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.


Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

PEPPERMINT-GINGER PLUS



Peppermint-Ginger Plus
90 Tablet

Melegakan Senak Perut

Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan di dalam diet dapat membantu mengurangkan masalah sneak perut
Mengandungi formulasi empat herba unik
Memberikan khasiat pudina dan halia-penggunaan herba, jintan putih dan jintan manis sejak berabad-abad yang lalu dapat melegakan senak perut.
Sesuai untuk pengembara-pengembara yang mengalami masalah senak perut semasa dalam perjalanan

Siapakah yang memerlukan Peppermint-Ginger Plus

  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya & morning sickness
  • Sering mengalami mabuk laut/ darat ketika travelling
  • Sering mengalami masalah gastrik /angina /pedih ulu hati /cirit birit
  • Sering mengalami kembung perut
  • Sering mengalami masalah pencernaan
  • Melegakan sakit perut
  • Mengalami masalah penghadaman
  • Membantu mengurangkan masalah angin dalam badan


Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.


Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

HERB-LAX


Herb-Lax
120 tablet

Menyokong Pelawasan teratur
Diet yang kaya serat, air yang mencukupi dan senaman yang tetap, kesemuanya menyumbang kepada pembuangan air besar yang teratur. Pada masa yang tertentu, Herb-Lax yang lembut boleh membantu
Julap lembut untuk kegunaan sekali sekala
Menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semula jadi tubuh badan

Khasiat dan kelebihan Herb-Lax

  • Membantu mengempiskan perut
  • Membersihkan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • Membantu mengurangkan masalah sembelit
  • Membantu mengembalikan semula proses semulajadi pembersihan usus
  • Detox –buang toksin dalam badan


Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

GARLIC COMPLEX


Garlic Complex
60 tablet

Membantu mengekalkan tekanan darah normal

Kajian menunjukkan yang bawang putih berupaya meningkat kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Kajian makmal menunjukkan Allicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam:

  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal
  • Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  • Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting
  • Formulasi Shaklee yang unik bagi mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar , termasuk sebatian pembentuk alisin
  • Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.

Khasiat dan kelebihan Garlic Complex

  • Sebagai antibody yang selamat & semulajadi
  • Untuk mempertingkatkan sistem imun
  • Menggalakkan pertunbuhan sel kanser
  • Melambatkan proses penuaan
  • Meredakan stress
  • Menghilangkan tekanan darah tinggi
  • Menurunkan kadar kolestrol
  • Meningkatkan insulin darah bagi pesakit diabetes
  • Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh
  • Menjaga stamina tubuh
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman
  • Merawat gastrik / angin /kembung perut & ketidak hadaman
  • Merawat batuk /asma /selsema
  • Mengatasi /melegakan senggugut
  • Mengubati luka
  • Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxfier) yang melindungi tubuh dari pelbagai penyakit




Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

CoQHEALTH PLUS



CoQHealth Plus
30 kapsul

Untuk jantung lebih sihat bertenaga

CoQHealth Plus mengandungi kesemua proprietary semulajadi daripada campuran 28 mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak The Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah


Khasiat dan Kelebihan CoQHealth

  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Meningkatkan kesuburan lelaki
  • Mengelakkan serangan penyakit jantung
  • Mengurangkan berat badan
  • Meningkatkan kesihatan mental
  • Mengelakkan penyakit gusi dan gigi




Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

OSTEMATRIX



Ostemattrix
120 kaplet

Komprehensif, terbukti secara klinikal dan mudah ditelan
Lindungi tulang anda dengan Ostematrix. Anda memerlukan bukan sekadar kalsium untuk membina tulang yang kuat. Ostematrix juga menyediakan satu matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium , vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.

  • Membina tulang dan gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan

Ostematrix membekalkan :
  1. 1,000 mg (100% Pengambilan Harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dmudah diserap dari alam semulajadi
  2. 400 mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  3. 400 IU (100% Pengambilan Harian) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kaplet bersalut yang mudah ditelan
Hanya empat kaplet sehari. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari selepas makan.

Tahukah anda

Pengambilan kalsium sepanjang hayat dengan diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.

Khasiat dan kelebihan Ostematrix

  • Membantu dalam pembentukan tulang & gigi yang kuat serta sihat
  • Mengelakkan penyakit Osteoporosis (tulang rapuh)
  • Memulihkan kekejangan & kebas-kebas
  • Mengurangkan masalah tulang & sakit sendi
  • Meringankan stress
  • Mengurangkan migrain
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Meringankan sakit semasa haid
  • Membantu dalam masalah gastrik
  • Membaiki stimulasi urat saraf


*Sesuai untuk orang yang tidak menggemari minum susu


Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET



Advanced Joint Health Tablet

60 tablet

Cara Semulajadi Membantu Anda Kekal Bergerak Bebas

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrient penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Campuran formula saintifik ini juga mengandungi ekstrak jagung yang membekalkan satu sumber glukosamina yang pekat yang dapat akan memanfaatkan kesihatan sendi seperti berikut:

  • Menyokong keselesaan sendi
  • Membantu mengekalkan tulang rawan
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat

Tahukah anda

Penyelidikan yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin yang boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina. Shaklee Advanced Joint Health Tablet adalah 100% bebas daripada kondroitin.


Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

COLLAGEN POWDER


Collagen Powder
5 g per sachets
15 sachets

Untuk kulit lebih sihat dan awet muda
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000 mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Ia juga dicampurkan dengan tujuh bahan utama seperti, ekstrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophillus, vitamin C, vitamin B yang memberikan pelbagai khasiat seperti berikut :

Menyokong produksi kolagen untuk meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit
Mengecilkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
Kulit lebih putih dan licin
Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
Membantu menegang dan menganjalkan payudara

Perbezaan Shaklee
Terbukti Berkesan!
Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama 8 minggu, hasil menunjukkan tekstur keseluruhan kulit menjadi lebih baik meningkat sebanyak 71 %.

Khasiat dan kelebihan Collagen Powder

  • Anti penuaan – mengecilkan liang pori-pori yang kelihatan, menghilangkan kedutan & garis-garis halus
  • Mengembalikan keanjalan – menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut
  • Melembap kulit- melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering & gatal pada muka
  • Mencerah – mengurangi pigmentasi, jeragat & tona kulit tidak sekata
  • Menegang – Membantu menegang & menganjalkan payudara
  • Menyubur – Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur & bercabang serta lebat & bersinar
  • Meningkatkan pergerakan – menyokong kesihatan sendi & kekuatan tulang
  • Melicinkan – Meningkatkan kelembutan & kelicinan kulit



Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

VIVIX

Vivix
150 ml

Revolusi penemuan Shaklee
Minuman campuran botani Vivix merupakan revolusi penemuan dalam pemakanan polifenol
Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan.

Khasiat dan Kelebihan Vivix


  • Perlindungan Antioksidan
  • Anti penuaan
  • Untuk kesihatan menyeluruh
  • Menyokong sistem imun
  • Menyokong kesihatan jantung
  • Menyokong fungsi kardiovaskular
  • Menyokong kesihatan otak
  • Menyokong kesihatan sendi & Arthritis
  • Menyokong kesihatan mata
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Menggalakkan kehilangan berat badan
  • Membantu mengelakkan kanser
  • Mengurangkan komplikasi pesakit diabetes
  • Membantu mengurangkan insiden nyanyuk/ Alzheimer
  • Membantu baikpulih ketagihan rokok



Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

CAROTOMAX

Carotomax
30 kapsul

Revolusi Perlindungan Antioksida berasaskan sumber alam semulajadi

Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan Carotomax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan antioksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan dan menyalurkannya dalam bentuk flavonoid dan karotenoid yang semulajadi. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

5 Jenis Karotenoid Yang Paling Berkhasiat
Purata pengambilan karotenoid lutein, likopena dan betakarotena adalah 8 mg setiap hari manakala Carotomax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, biji benih anggur, minyak palma, bunga Marigold dan brokoli bertunas
  • Menguatkan sistem imun dan membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata dan jantung.


Khasiat dan kelebihan Carotomax

  • Menggalakkan kesihatan mata, prostat, serviks, paru-paru dan jantung
  • Mengurangkan rabun
  • Untuk kesihatan tulang
  • Untuk pembentukan sel darah putih & sel darah merah
  • Mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat
  • Meredakan penyakit kulit
  • Melawan kanser
  • Menghalang infeksi




Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

Jumaat, 9 Mei 2014

ESP



ESP
Soy Protein Isolate Powder

850 gm

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.

Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur
Paras glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal
Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Tahukah anda?
Indeks glisemik bagi peringkat karbohidrat adalah berdasarkan kesannya terhadap gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi, manakala tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem secara perlahan. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangkamasa panjang

Khasiat dan kelebihan ESP

  • Memperbanyakkan susu ibu (Milk Booster) dan memekatkan susu ibu
  • Memberi tenaga
  • Membantu masalah kesuburan
  • Untuk kulit cantik, halus, gebu dan berseri
  • Memudarkan dan menghilangkan parut
  • Memperbaiki pigmentasi dan kedutan
  • Untuk kesihatan jantung dan prostat
  • Payudara lebih anjal
  • Mengawal kolestrol dan merendahkan paras kolestrol
  • Diet yang mengenyangkan
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Mencegah penyakit jantung
  • Mencegah migrain, imsomnia, dan tekanan
  • Memperbaiki masalah rambut
  • Membina otot, kuku, rambut, darah , kulit dan lain-lain
  • Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
  • Mempercepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut


*Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

ALFALFA COMPLEX

Alfalfa Complex
330 tablet (K)
700 tablet (B)

Makanan yang berkhasiat

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah , sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa complex Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium , fosforous, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.

Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya untukmembantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan
Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya dengan protein

Sumber semulajadi dari alfalfa
Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu

Khasiat dan kelebihan Alfalfa

  • Melegakan sakit sendi dan belakang
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  • Memberi kelegaan semasa haid
  • Merawat Arthritis
  • Bagus untuk alergi dan eczema
  • Mencuci usus dan membuang toksik
  • Memcuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan
  • Membesar dan menegangkan payudara
  • Bertindak sebagai kacip Fatimah untuk wanita
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Memperbanyakkan susu badan (milk booster)



*Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

LECITHIN




180 kapsul

Pengemulsi semulajadi
Sebagai pengemulsi semulajadi ia dapat mengeluarkan lemak berlebihan dari badan, menghalang obesiti dan penyakit kardiovaskular lain.

Akademi Sains Kebangsaan (The National Academy of Sciences) menyatakan yang kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya dalam menyokong kesihatan otak , hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.

Setiap kapsul membekalkan 3.1g kolina yang kaya dengan lesitina termasuk 468mg fosfatidilkolina dan 282mg fosfatidilinositol

Sumber semulajadi daripada kekacang soya

Khasiat dan kelebihan Lecithin

  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Memecah dan membakar lemak
  • Sebagai pelarut kolestrol dan lemak-lemak lain
  • Memperbaiki daya ingatan
  • Menghalang penyakit Alzheimer
  • Membantu mencegah penyakit seperti tekanan darag tinggi, strok, penyakit jantung dan arteri yang mengeras
  • Mengawal penggumpalan platlet darah
  • Meringankan stress
  • Meringankan sembelit
*Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan





Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
 Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

Khamis, 8 Mei 2014

Amalan murah rezeki





Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan ,duit tidak cukup unutk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu sempit. Berikut adalah amalan-amalan supaya kita mendekatkan diri lagi dengan yang Maha Esa. Semoga kita sentiasa istiqomah dalam melakukan ibadat. Muhasabah diri anda dan peringatan untuk diri saya juga.

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”(Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”(Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”(At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


Sumber: http://myibrah.com/20-amalan-murah-rezeki