Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan ,duit tidak cukup unutk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu sempit. Berikut adalah amalan-amalan supaya kita mendekatkan diri lagi dengan yang Maha Esa. Semoga kita sentiasa istiqomah dalam melakukan ibadat. Muhasabah diri anda dan peringatan untuk diri saya juga.
1. Menyempatkan diri
beribadah
Allah tidak sia-siakan
pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup
kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan
kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad,
Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)
2. Memperbanyak
istighfar
Istighfar adalah
rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab
Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa
dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa
memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,
menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak
disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah
dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)
3. Tinggalkan perbuatan
dosa
Istighfar tidak laku di
sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah
menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki
akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”(Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah
buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah
beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang
beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah,
hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)
5. Berbakti dan
mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam
Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan
ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali
kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada
ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan
umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga
menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu
meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah
) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan
menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada
orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang
sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi
pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan
kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang
lain
Menunaikan hajat orang
menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri,
seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan
hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”(Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang
menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat
itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan
rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan
itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi
oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa,
menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain
mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah
s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh
berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin
silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan
rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi
sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal
berwuduk
Seorang Arab desa
menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara
termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada
dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada
Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang
rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda
kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah
bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza
wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan
pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang
menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni
dari Anas .a.)
14. Melazimi solat malam
(tahajud)
Ada keterangan bahawa
amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu
dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang
dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga
mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan
sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang
(solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang
harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada
Allah
Syukur ertinya mengakui
segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah
berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika
kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya
jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan
Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir
dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat
al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan
hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu
hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat
terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali
setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan
kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah ,
al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu
rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah”
berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,
bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis
menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan
ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan
seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat
dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya,
nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar
sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan
dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan
dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama
hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi
Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman,
tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki
dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat
anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya
pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia
sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan
sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal,
seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal
kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”(At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu
bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi
rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah
kenyang.”(Riwayat
Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab
.a.)
Kesemua yang disebut di
atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan
beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya
rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang
Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat
amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang
Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya
dengan pemberian-Nya.
Sumber: http://myibrah.com/20-amalan-murah-rezeki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan