Memaparkan catatan dengan label Suplemen/vitamin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suplemen/vitamin. Papar semua catatan

Ahad, 4 Mei 2014

Kenapa kita perlu ambil suplemen/vitamin


20 sebab kenapa kita perlu ambil suplemen/vitamin


Berikut adalah sebab- sebab mengapa kita perlukan suplemen/vitamin. Sedar atau tidak sedar antara sebab-sebab berikut menyebabkan nutrien semulajadi dalam badan kita semakin berkurang.

1.            Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.
2.            Masalah Penghadaman~ Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
3.            Kopi, Teh Panas & Rempah ~Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
4.            Alkohol ~ Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
5.            Rokok ~ Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
6.            Julap / ubat sembelit / ubat kurus ~ Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
7.            Fad Diet ~ Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
8.            Makanan Terlebih Masak ~ Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
9.            Makanan Diproses (dalam tin) ~ Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
10.        Makanan segera ~ Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
11.        Antibiotik ~Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
12.        Alahan Makanan ~ Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium. 
13.        Kehilangan Nutrien Tanaman ~Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
14.        Kemalangan dan Penyakit ~ Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
15.        Tekanan atau Stress ~Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
16.        Sindrom pra haid ~ Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
17.        Remaja ~ Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
18.        Wanita Hamil ~Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
19.        Pil Perancang ~ Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
20.        Warga Emas ~Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.

 Anda di kategori yang mana...?

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan. 

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com 
FB Page: Ar Rumaisa Health

Selasa, 29 April 2014

Apa itu Vitamin?


Vitamin

Vitamin merupakan sejenis elemen mikro nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi oleh tubuh badan bagi menjalankan fungsi badan secara normal.

Vitamin lazimnya boleh didapati melalui pengambilan pelbagai makanan yang seimbang seperti hati, daging, ikan, bijirin, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain daripada sumber makanan, vitamin juga boleh diambil dalam bentuk dosej farmaseutikal bagi memenuhi keperluan harian setiap individu.

Produk vitamin yang terdapat di pasaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk sediaan, seperti kapsul dan tablet. Terdapat juga sediaan dalam bentuk tablet untuk dikunyah (chewable) atau tablet yang dilarutkan dalam air (effervescent) bagi memudahkan pengambilan vitamin bagi individu yang mengalami kesukaran untuk menelan kapsul atau tablet. Sediaan multivitamin juga terdapat di pasaran bagi memudahkan pengambilan vitamin dan mineral mengikut keperluan harian.

Fungsi vitamin
Secara umumnya, vitamin bertindak untuk membantu enzim agar dapat menjalankan tindak balas kimia tertentu dalam tubuh badan. Pengambilan vitamin yang berbeza dapat membantu dalam perkembangan tisu badan, pengawalan metabolisma badan serta mengekalkan kesihatan kulit, mata, gigi dan tulang.
Vitamin perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi bagi mengelakkan penyakit tertentu. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan penyakit seperti skurvi (akibat kekurangan vitamin C), riket (akibat kekurangan vitamin D), pellagra (akibat kekurangan vitamin B3), beri-beri (akibat kekurangan vitamin B1) dan sebagainya.
Jenis-jenis vitamin
Vitamin boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu vitamin larut air dan vitamin larut lemak. Berikut disenaraikan jenis-jenis vitamin dan contohnya:
Vitamin larut air
Vitamin larut lemak
·         Vitamin B1 (thiamine)
·         Vitamin B2 (riboflavine)
·         Vitamin B3 (niacin)
·         Vitamin B5 (panthothenic acid)
·         Vitamin B6 (pyridoxine)
·         Vitamin B7 (biotin)
·         Vitamin B9 (folic acid)
·         Vitamin B12 (cyanacobalamine)
·         Vitamin C (ascorbic acid)
·         Vitamin A
·         Vitamin D
·         Vitamin E
·         Vitamin K
Dos
Keperluan dos vitamin yang diambil adalah berbeza bagi setiap individu bergantung kepada jantina dan umur serta perlu mengambil kira sekiranya individu tersebut mempunyai masalah kesihatan tertentu, sedang hamil atau menyusukan anak.
Sebagai contoh, bagi individu yang mengalami masalah tulang seperti osteoporosis, keperluan pengambilan vitamin D adalah lebih tinggi berbanding dos yang disarankan bagi membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang serta menguatkan tulang. Wanita yang hamil pula memerlukan dos asid folik yang lebih tinggi bagi mengelakkan neural tube defect, iaitu kecacatan pada tulang belakang dan sistem saraf pada bayi dalam kandungan.
Jadual berikut menerangkan dos yang disarankan serta dos maksima yang dibenarkan dalam sehari bagi orang dewasa secara amnya mengikut jenis vitamin:
Vitamin
Dos yang disarankan dalam sehari
Dos maksima yang dibenarkan dalam sehari
A
3000 IU
5000 IU
B1
1.2 mg
100 mg
B2
1.3 mg
40 mg
B3
14 mg
15 mg
B5
5 mg
200 mg
B6
1.3 mg
100 mg
B7
0.03 mg
0.9 mg
B9
0.4 mg
0.9 mg
B12
0.024 mg
0.6 mg
C
90 mg
1000 mg
D
600 IU
1000 IU
E
22.4 IU
800 IU
K
0.09 mg
0.12 mg
Kesan sampingan
Pengambilan vitamin hendaklah tidak melebihi dos maksima yang disarankan bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan. Secara umumnya, vitamin larut lemak boleh memberi kesan sampingan berbanding vitamin larut air kerana vitamin larut lemak lazimnya disimpan dalam tisu badan dan hati serta menyebabkan toksisiti dalam jangka masa panjang.
Bergantung kepada jenis vitamin, pengambilan vitamin yang melebihi dos maksima yang dibenarkan dalam sehari boleh menyebabkan kesan sampingan seperti loya, sembelit, sakit kepala, sakit pada bahagian abdomen, keletihan, kekeliruan, penglihatan menjadi kabur dan sebagainya.
Langkah Berjaga-Jaga
·         Pastikan anda membaca label pada produk suplemen vitamin untuk mengelakkan pengambilan dua atau lebih produk yang mengandungi vitamin yang sama.
·         Jangan ambil vitamin melebihi dos yang telah ditetapkan seperti pada label ubat.

·    Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah kesihatan atau sedang mengambil ubat-ubatan tertentu, maklumkan kepada doktor atau berbincanglah sebelum mengambil sebarang produk suplemen vitamin atau suplemen kesihatan lain bagi mengelakkan interaksi ubat.

·         Dapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami simptom toksisiti akibat pengambilan vitamin dalam dos berlebihan.



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia