Khamis, 12 Februari 2015

Jug Penapis Air Mudah Alih


Get Clean Water Pitcher


Get Clean Water Pitcher mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum.

Get Clean Water merupakan jag air pertama menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.

Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.

Keistimewaan lain dari yang lain

  •  Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula
Pilihlah yang terbaik!

  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos
Sumber: http://www.shaklee.com.my/products/healthy-home/get-clean-water-pitcher/




Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

Rabu, 9 Julai 2014

Vivix Meningkatkan Kesihatan Emosi dan Otak


Alzheimer

Salah satu penyakit emosi dan otak ialah penyakit Alzheimer. Penyakit Azheimer ialah bentuk penyakit nyanyuk (dementia) paling umum yang dialami oleh manusia berusia 65 tahun dan ke atas. Ini bukan sebahagian daripada proses penuaan normal, tetapi penyakit yang menyebabkan kehilangan progresif sel saraf otak. Memandangkan sel saraf ini penting untuk pemikiran normal, daya ingatan dan fungsi otak, mereka yang menghidapi penyakit Alzheimer mengalami kemerosotan fungsi otak yang mengganggu kegiatan harian normal mereka.


Secara beransur-ansur, pesakit Alzheimer hilang keupayaan mereka untuk melakukan kegiatan harian paling asas seperti memberus gigi, memakai pakaian, mandi dan lain-lain. Pada akhirnya, keupayaan mereka untuk berjalan dan bercakap juga mungkin terjejas atau hilang sama sekali.

Dikenali sebagai penyakit 'The Long Goodbye' , penyakit ini lazimnya meliputi tempoh lebih sepuluh hingga 20 tahun. Walaupun penyelidikan intebsif dijalankan kebelakangan ini, penyakit Alzheimer masih belum difahami sepenuhnya dan tiada penawar yang diketahui, lantas pengesanan dan rawatan awal merupakan satu-satunya pilihan untuk menguruskan penyakit dengan berkesan.

Menurut Pakar Runding Geriatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Philip Poi Jun Hua, Alzheimer sejenis penyakit otak degeneratif yang dialami oleh kira-kira 24 juta orang di seluruh dunia

"Alzheimer merupakan penyakit nyanyuk yang biasa menyerang warga emas. Mengikut sattistik Asia PAsifik, penghidap penyakit ini telah mencecah 18 juta orang. Lebih kurang 60,000 orang di Malaysia merupakan penghidap Alzheimer. Dijangka pada tahun 2020, angka ini akan berganda kepada 120,000 orang, ' katanya.




"Penyakit Alzheimer bukan hanya nyanyuk yang disebabkan proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang memerlukan perhatian daripada keluarga pesakit. Ia menyebabkan keupayaan fungsi otak menurun dan memusnahkan kemahiran daya ingatan dan pemikiran seseorang, " jelasnya.

Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia. Menurut Dr.Philip, simptom dementia yang paling awal adalah menjadi pelupa terutama mengenai perkara penting dan dilakukan setiap hari. Mereka perlu di bawa berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan bagi mengesahkannya.

Jelasnya sebaiksahaja manusia mencecah 20 tahun, proses kematian sel-sel di dalam otak mula berlaku dan menyebabkan kualiti daya ingatan semakin berkurang. Dr. Philip memberitahu, dementia merujuk kepada sekumpulan gejala yang berkaitan dengan hilang ingatan, berlaku secara perlahan-perlahan tanpa disedari tetapi akhirnya boleh menjadi bertambah teruk



Individu yang berisiko untuk mendapat penyakit Alzheimer ini ialah:


  • Seseorang yang menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
  • Penghidap diabetes
  • Kurang melakukan senaman
  • Paras kolestrol yang tinggi
  • Faktor keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an

Antara simptom lain dementia ialah:


  • lupa perkara yang sering dilakukan
  • cepat penat
  • sukar membezakan masa, tempat dan orang
  • hilang daya logik, pelupa
  • tidak mampu melakukan kegiatan harian dan menyiapkan diri sendiri
  • tidak boleh menumpukan perhatian
  • susah mengingat perkataan ketika bercakap dan sukar menamakan objek
Selain itu, pesakit Alzheimer sering tertekan, merepek, tidak sabar, sukar membezakan masa dan yang paling teruk ialah mereka gagal mengawal ketika membuang air kecil atau besar, tidak mampu berfikir, bercakap dan bergerak malah terdapat juga penghidap Alzheimer hilang sifat malu dan bercakap mengenai hal yang boleh memalukan keluarga atau bertelanjang di tempat umum.



Berikut merupakan sedikit panduan bagi keluarga yang ingin menangani ahli keluarga mereka yang menghidap Alzheimer
  • Selalulah bergurau senda dengan mereka kerana warga emas yang nyanyuk cenderung menyimpan kemahiran bersosial mereka
  • Sebagai orang yang lebih muda, wujudkan mood positif ketika berbual-bual dengan mereka. Berinteraksilah dengan mereka dengan bahasa yang lembut dan sopan sebagai tanda hormat
  • Ingatilah masa-masa indah yang pernah dilalui bersama mereka kerana kebanyakan pesakit nyanyuk tidak mengingati apa yang telah berlaku dalam tempoh 45 minit
  • Ketika berbual-bual dengan mereka, wujudkan suasana tenang. Elakkan bunyi bising seperti telefon bimbit dan radio. Perkenalkan diri anda dan jelaskan hubungan anda dengannya sambil menyentuh tangan dan bahunya.
  • Berbual-bual dengan mereka dengan menggunakan bahasa dan ayat yang mudah difahami. Kita perlu faham bahawa golongan ini mudah tersentuh. Jadi, anda tidak perlu meninggikan suara. Cukup sekadar bahasa yang jelas dengan nada rendah
  • Pesakit nyanyuk biasanya mudah lupa, jadi anda perlu bersabar setiap kali menunggu jawapan mereka
  • Wujudkan suasana yang bahagia dengan berbual sambil bercerita perkara lucu. Sekiranya mereka dalam mood sedih, cuba tukar persekitaran dan topik cerita

Sumber : http://www.adfm.org.my



Jadi jika salah seorang ahli keluarga anda mengalami tanda-tanda Alzheimer bertindaklah dengan segera sebelum penyakit Alzheimer ini memudaratkan kesihatan orang kita sayang..Vivix Shaklee adalah supplemen yang tepat untuk membantu mengatasi, mencegah dan mengurangkan simptom Alzheimer ini.

Vivix Shaklee sanagt bagus untuk kesihatan emosi dan otak di mana ia dapat mencegah Alzheimer, menguatakan ingatan, anti depresi, dan membantu imsomnia.

Dalam mencegah Alzheimer kandungan resveratrol dalam Vivix Shaklee dapat mencegah pembentukan plak pada saraf yang menyebabkan Alzheimer..

Dapatkan segera Vivix Shaklee dengan saya



Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health



Khamis, 3 Julai 2014

Tips Berhenti Merokok

Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.



Mengapa saya harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
  1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
  3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
    • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
    • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
    • Mendapat asma

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
  • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
  • Meningkatkan deria bau dan rasa
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap 'kelakian'


Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Gunakan terapi penganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok

Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :
  1. Melengah-lengahkan
    • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
  2. Menarik nafas panjang
    • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. Minum air
    • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
  4. Menyibukkan diri
    • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  5. Menjauhkan diri
    • Daripada orang yang merokok 
  1. Mengelakkan diri
    • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok 
  1. Mengunyah sesuatu
    • Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis 
  1. Membasuh tangan selalu 
  1. Mandi dengan kerap 
  1. Meregangkan otot
    • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
Sumber : 

Sebagai tambahan -Guna Alat Bantuan (Terapi Pengganti Nikotin)
Banyak yang ada dipasaran seperti Nikotin tablet, Patches, gula-gula getah bagi memenuhi keperluan nikotin yang menggila. Atau boleh cuba VIVIX Shaklee, tonik ni akan membuatkan anda rasa tepu dan tak mahu dah hisap rokok. Anda akan rasa bau rokok ni busuk, rasa pahit dan rasa mencucuk-cucuk masa menghisap rokok.

Macam mana Vivix boleh buat perokok kalah unutk merokok? Ini kerana Vivix akan memulihkan DNA dengan cara membuang nikotin pada tahap sel-sel DNA. Jadi DNA akan kembali pulih dan dengan sendiri akan menolak bahan asing nikotin dari tubuh. Vivix Shaklee BUKAN terapi pengganti nikotin . Tapi ianya terapi membuang nikotin.

Selain itu sebagai bonus Vivix Shaklee juga akan meningkatkan prestasi jantung dan kadar metabolisma perokok. Ini kerana Vivix akan menyebabkan sel-sel aktif menghasilkan tenaga jantung dapat berfungsi dengan baik.

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah - Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health

Isnin, 2 Jun 2014

Bengkel Nutrisi Shaklee 2014


Assalamuaikum semua..
Baru hari ini raudhah berkesempatan nak update blog ni setelah sekian lama menyepi..keja-keja ofis semakin hari semakin bertambah..ape-ape pun kena semangat balik ni..
Ok la nak cerita dalam bulan lepas Raudhah sudah pun menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee pada 24 Mac (Sabtu) dekat Hotel Berjaya Times Square dengan geng-geng grup Amazing. Grup online dkt Telegram. Grup ni khas ditubuhkan oleh Master Hanum kami untuk Newbie Shaklee Distributor.
So kami jumpe dkt sana..x penah jmpe pun antara satu sama lain.Tiket pun member belikan..main kirim-kirim jek..


Pendaftaran pukul 10 pg..sementara menunggu yang lain Q untuk mendaftar pihak urusetia sediakan ESP ngan Performance drink…sblm bertolak td dr rumah dah minum segelas ESp + milo..pastu lak sblm smpai cni encek zauj dh ajak breakfast..so xde la nak bancuh lg ESP kat sini..Cuma bancuh Performance drink je la td..lg pun mmg x pernah lg rasa performance drink..best kan ..xpenah lg attend bengkel yg camni…masing2 pun ade yg bancuh dalam botol air masing2 bwk..




Masa pendaftaran dapt nota bengkel nutrisi ni..nota ringkas tapi ade garis kosong mcm homework skolah yg kena isi tempat kosong…supaya kita dpt focus ape yang presenter present sbnrnya so kita isi la ape yg patut dkt ruang tempat kosong tu…
Bengkel start dgn Miss Celine Lim cerita kebaikan Shaklee..kenape perlu supplemen dan terangkan secara ringkas setiap produk kegunaan dan kebaikan nya…Miss Celine juga terangkan secara details produk baru yang akan launch masa National Conference nnti iaitu Phytocol-ST




Di pertengahan bengkel pihak urusetia edarkan Vita-E ngan Vita-Lea untuk sample sorg sebiji amik dan mkn..Lps tu dorg tunjukkan vita-lea yang dh dilarutkan dlm air…dorg bancuh Collagen powder dan sapu kat tgn peserta sume untuk tester rasa kebaikan nya. Dorang edarkan jugak Cinch Tea tp tiba turn meja kitorg abis pulak Cinch Tea tu..kotak kosong je tinggal …nak wat camne xde rezeki..huhu




Tengahari berhenti rehat jap mkn tengahari dan solat zohor..
Selepas tu sambung dengan Cik Wan Siti Zulaicha  present ..ade 3 orang naik ke pentas utk bagi testimony tentang set berpantang, set menyusu dan set kurus…diselangi dengan game dan kuiz yang ringkas dan mudah…bagus juga game2 tu supaya kita x ngantuk bile dh petang2 ni….kuiz ringkas tu dorang edarkan kotak putih sambil dorg bukak lagu kita kena passing2 kotak tu smpai lagu stop sape yg pegang kotak tu jwb soalan ringkas yg die bg..dptla pill box shaklee ni Alhamdulillah..




lps minum ptg amik sijil di kaunter pendaftaran dan smbg jawab soalan kuiz sbnyk 25 soalan  soaln objektif jek..…lps tu ade taklimat ringkas dr pihak Shaklee tentang Shaklee National Conference yang akan diadakan pada 6-7 Jun dpn dekat sunway pyramid convention centre…abis sume dalam pukul 6 ptg..



Esok  nye pulak ade program Kementerian iaitu Purple Walk dekat Dataran Merdeka..nak jugak menyelit kat sini sbb malas nak type entry baru..kalu ikutkan malas nak pegi sbb penat sgt sbb mggu tux de weekend..xde masa rehat tp nak wat camne dh tugas..jd ajk hadiah/doorgift nak bungkus 8000 doorgift punye la penat smpai sakit2 bdn tp bile nak distribute masa hari kejadian kejap je licin… tut tup untung2 terserempak dgn si comel rambut merah ni..sgt friendly dan x menolak pun kalu org nak bergambar dgn die …so ape lg..time tu tgh xde org..x rmai lg org waktu tu..beri salam kat die pastu ckp nak amik gambar boleh???..hehe… die dtg situ under astro utk promote drama baru die Kusinero Cinta kat Mustika HD astro…kusinero tu maknanya chef lelaki…berlakon dgn aaron aziz n actor Filipina yg nama Jericho tu….korg mesti dh tgk citer tu kan..umah kite xde channel Mustika HD so tggu la astro ulang tayang kat Astro Ria nnti…ok  babai…






Jumaat, 30 Mei 2014

AMALAN - AMALAN SUNAT DI BULAN SYAABAN


Hadith : Dari Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.

Huraian Hadith:
  1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab da Ramadhan.
  2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
  3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa
  4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah: 
  • Memperbanyakkan doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
  • Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al-Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat

Sumber : www. islam. gov.my

IKTIBAR PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

MENGAMBIL IKTIBAR PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ DARI SUDUT AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK

Rejab bermaksud mulia. Oleh itu bulan Rejab adalah bulan mulia. Dinamakan Rejab kerana dahulu bangsa Arab sangat memuliakan bulan ini. Kemuliaan Rejab terletak pada puasa sunat Rejab, solat sunat Rejab, istighfar Rejab dan peristiwa Israk dan Mikraj. Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : “Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku”.

Dalam hadith lain, Nabi bersabda yang maksudnya : “hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah akan memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan pada hari akhirat kelak.”
Peristiwa Israk disebut melalui firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Muhammad S.A.W) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Surah al-Isra’ : 1).

Manakala kisah Mikraj disebut dalam ayat yang bermaksud : “dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril (dalam rupa aslinya) pada waktu yang lain, iaitu di Sidratil Muntaha (tempat yang paling tinggi di atas langit yang ke tujuh), di tempatnya ada Jannatul Ma’wa (syurga sebagai tempat tinggal). Muhammad melihat Jibril ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya, penglihatan Muhammad tidak berpaling dari yang disaksikannya dan tidak pula melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda kekuasaan Tuhannya yang paling besar”. (Surah al-Najm : 13 – 18)

Israk ialah perjalanan malam Nabi Muhammad S.A.W dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin. Mikraj pula ialah keadaan Nabi Muhammad S.A.W dibawa terus naik ke langit ke tujuh dan Sidratul Muntaha.
Peristiwa ini berlaku pada tanggal 27 Rejab sebagai memberikan kekuatan batin kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam memperjuangkan dan menegakkan agama Allah di bumi Makkah. Ia berlaku pada saat Nabi S.A.W menghadapi ujian berat dan tingkat perjuangan yang sampai ke tahap kritikal dengan gangguan, penghinaan dan penganiayaan.

Keadaan lebih tertekan selepas isteri Baginda, Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Thalib meninggal dunia. Justeru, hilanglah salah satu kekuatan dan benteng tempat Rasulullah S.A.W menyandarkan harapan dalam perjuangannya. Kehilangan kedua-dua tokoh yang juga sayap perjuangan Baginda S.A.W amat memilukan hatinya.
Lantaran itulah sebagai langkah penghilang kedukaan ini, Allah ingin meninggikan martabat Nabi S.A.W untuk bertemu-Nyasecara berdepan supaya kekuatan zahir dan batin akan diperoleh sepenuhnya oleh Nabi dalam meneruskan usaha dakwah Baginda.

Tidak perlu diceritakan satu persatu peristiwa yang dialami Baginda S.A.W sepanjang berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, tetapi lebih menjurus kepada beberapa persoalan dan jawapannya yang tersurat dan tersirat di sebalik mukjizat agung itu.

Dalam peristiwa itu ada beberapa perkara penting yang dijadikan pengajaran meliputi aspek akidah, syariah dan akhlak. Memperingati Israk dan Mikraj akan mengembalikan ingatan kaum muslimin terhadap Nabi dan para sahabat pada peringkat awal dakwah Islamiah di Makkah.

Pertemuan Nabi Muhamad S.A.W dengan ramai para Rasul seperti Nabi Adam, Nabi Yahya, Nabi Isa, Nabi Idris, Nabi Harun, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim, menggambarkan betapa kuatnya susur galur generasi atau salasilah anbia, bermula dari nabi pertama hingga ke saat pengutusan Nabi Muhammad S.A.W sebagai pelengkap generasi anbia. Sebagai pendakwah, tugas Rasulullah S.A.W ialah menyampaikan wahyu daripada Allah, namun tiada upaya Nabi memaksa masyarakat Arab menerima seruannya kerana hanya Allah yang lebih berkuasa membuka pintu hati manusia untuk menerima apa yang Nabi serukan.

Pada peringkat awal dakwah Islamiah, Nabi S.A.W menerima pelbagai kesusahan dan kesulitan. Mujur adanya Saidatina Khadijah dan Abu Thalib mempertahankan baginda. Kewafatan mereka sedikit sebanyak mengusarkan Nabi. Bagi orang yang biasa mungkin akan ada yang akan berputus asa kehilangan orang yang dikasihi.

Bagi Nabi Muhammad S.A.W, Allah ingin menunjukkan kepada Baginda bahawa hanya kepada Allah tempat bergantung harap. Sehubungan itu, Baginda diangkat ke Hardat-Nya untuk menunjukkan di sebalik tentangan dan kehilangan dua orang penolong serta pembantunya di bumi, Allah masih tetap wujud dan akan tetap membantu Nabi menghadapi kesulitan mendatang.

Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik, manakala malaikat akan memberi hormat kepada Nabi S.A.W selepas berjuang bersusah payah menghadapi rintangan dan akhirnya pasti Baginda akan mendapat kekuatan baru meneruskan misi dakwah
Firman Allah S.W.T berhubung peristiwa Israk dan Mikraj dalam al-Quran dimulakan dengan perkataan Subhanallah yang bermaksud Maha Suci Allah. Kata-kata ini memberi pengertian bahawa kekuatan dan kesucian itu adalah milik mutlak Allah melampaui segala kekuatan makhluk di dunia.

Konsep Subhanallah menunjukkan bahawa Allah itu Maha Suci Zat, Sifat dan Perbuatan-Nya. Apabila disebut Subhanallah dalam ayat itu, pasti diyakini juga peristiwa itu Allah melakukannya. Lantaran, timbullah kesan di dalam hati manusia bahawa peristiwa itu benar-benar ajaib dan luar biasa dari jangkauan akal dan kemampuan manusia.
Ini diperkuatkan lagi dengan sambungan ayat iaitu ala-lazi asroo bi abdihi (yang mengisrakkan – memperjalankan – hambaNya pada malam hari) yang menjelaskan bahawa Rasulullah S.A.W itu diisrakkan (diperjalankan ) dan bukannya berjalan sendiri.

Lafaz hambaNya (Muhammad S.A.W ) menerangkan bahawa sifat hamba itu adalah di bawah kekuasaan dan genggaman tuannya (Allah). Jelas di sini, peristiwa Israk dan Mikraj itu dilakukan oleh Allah dan bukan perbuatan Rasulullah S.A.W secara bersendirian. Kenyataan ini menafikan dakwaan bahawa peristiwa itu adalah perjalanan mengikut kehendak dari diri Rasulullah itu sendiri.

Apakah hikmah di sebalik pemilihan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa sebagai tempat penting peristiwa Israk dan Mikraj?

Masjid adalah rumah ibadat bagi orang Islam. Masjid al-Haram adalah rumah peribadatan pertama dibangunkan untuk manusia, manakala Masjid al-Aqsa adalah suatu tempat suci di bumi Allah yang menjadi pusat kegiatan Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi-nabi yang lain.

Israk dan Mikraj adalah peristiwa yang amat hebat dan besar, lantaran itulah ia termasuk dalam salah satu mukjizat agung Baginda S.A.W dan dengan memperingatinya menyuburkan kembali iman setiap Muslim.
Ketika peristiwa Israk dan Mikraj, dua masjid ini saja yang tegak di atas muka bumi Allah, maka selayaknyalah binaan ini diperbesarkan sebagai lambang ketinggian syiar Islam itu sendiri.

Ini membenarkan lagi keagungan kedua-dua masjid itu di sisi Allah. Walaupun ketika itu Kaabah masih tertutup oleh lingkungan berhala -berhala dan Baitulmaqdis lebih dikaitkan dengan agama Samawi selain Islam, tetapi Islam tetap menaik taraf kedua-dua masjid itu kemudiannya sebagai tempat suci umat Islam.
Mengapakah kewajipan lain diperintahkan melalui wahyu, sedangkan solat difardhukan secara langsung oleh Allah tanpa perantaraan wahyu?

Ada banyak kenyataan sama ada melalui al-Quran mahupun al-Hadith menerangkan kepentingan mengerjakan solat. Solat adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya dia telah mendirikan agama dan sesipa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama.
Lantaran kepentingannya juga, ia adalah perkara pertama yang akan dihitung dari neraca amalan manusia pada hari akhirat kelak. Mengerjakan solat atau meninggalkannya disebut sebagai batasan samada seseorang itu Islam atau sebaliknya.

Ini menunjukkan bahawa solat adalah ibadat terpenting dalam Islam, lantaran itulah kewajipan mengenai pensyariatannya diberikan dalam keadaan yang istimewa iaitu diturunkan secara langsung oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril.
Ibaratnya begini, apabila seseorang pemimpin, penguasa atau ketua memerintahkan dan mengarahkan sesuatu kepada orang bawahannya secara bertulis, maka boleh diandaikan bahawa apa yang diperintahkannya itu adalah masalah yang biasa. Tetapi jika perkara yang diarahkan itu suatu yang amat penting atau istimewa, maka orang bawahan itu akan dipanggil secara mengadap untuk menyatakan perkara itu. Seorang ketua tidak akan memanggil pekerjanya itu kecuali jika perkara yang ingin disampaikan itu benar-benar penting.

Rasionalnya lagi, Mikraj adalah penghargaan tinggi daripada Allah kepada Rasulullah, lantaran mulianya kedudukan Nabi di sisi Allah sedang Baginda diutus adalah sebagai rahmat bagi seluruh alam semesta. Allah mahu memberinya sesuatu yang kelak dapat diamalkan oleh umatnya dalam usaha mendekatkan diri kepadaNya pula.
Sesungguhnya Israk dan Mikraj ini adalah peristiwa yang amat hebat dan besar. Lantaran itulah ia termasuk dalam salah satu mukjizat agung Baginda S.A.W. Semoga memperingatinya akan menyuburkan kembali iman yang sering turun naik dan menjadi suatu ingatan yang berpanjangan dan berkekalan selama hayat dikandung badan dan bukannya ingatan yang bermusim yang hanya dikenang dalam bulan Rejab.

 Artikel ini adalah hasil tulisan Ustaz Mohd. Kamel bin Mat Salleh, Penolong Pengarah di Pusat Pemantapan Akidah (JAKIM), Jelebu Negeri Sembilan dan pernah tersiar dalam Akhbar Berita Harian pada tahun 2000.


Sumber : http://ppajakim.com

Isnin, 12 Mei 2014

GLA COMPLEX




GLA Complex
60 kapsul

GLA, Vitamin E, dan Minyak Benih Bunga Matahari
GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormone yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integrity sel
Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
Menyokong sistem imun
Minyak Borage, yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang dengan mudah terserap

Khasiat dan Kelebihan GLA

  • Mengurangkan senggugut
  • Meningkatkan kesuburan wanita
  • Menstabilkan hormon
  • Menstabilkan kitaran haid
  • Menangani simptom menopous
  • Membantu mengecutkan cyst
  • Membantu memperbaiki masalah prostat dan simptom andropos bagi lelaki
  • Merawat tumit pecah
  • Menyerikan kulit & memudarkan jeragat
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Menghalang komplikasi diabetes
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan ,kulit kering
  • Meringankan sakit & bengkak yang terjadi dari rheumatism, arthritis
  • Membantu pelangsingan, menghalang pertambahan berat badan



Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah
Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health