Sihat sepanjang hayat. Merokok
meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit
serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok.
Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.
Mengapa saya harus
berhenti merokok?
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
- Merokok
memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli
keluarga.
- Ibu
yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat
badan atau mati selepas lahir.
- Kanak-kanak
yang terdedah kepada asap rokok boleh:
- Sering
sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga,
hidung dan tekak
- Mengalami
perkembangan paru-paru yang lemah
- Mendapat
asma
Apakah faedah yang
diperolehi dengan berhenti merokok?
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
- Panjang
umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit
berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap
tahun.
- Mengelakkan
dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan
kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
- Mencegah
penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok.
Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan
ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit
bahaya akibat tabiat merokok
- Kehidupan
yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk,
selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
- Mencegah
daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok,
ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok
tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan
dengan pernafasan
- Menjadi
contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
- Meningkatkan
tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
- Meningkatkan
deria bau dan rasa
- Memiliki
gigi yang putih dan nafas yang segar
- Rambut
dan pakaian tidak berbau asap rokok
- Menjimatkan
wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari,
pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk
10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
- Melindungi
alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan
kebakaran
- Meningkatkan
kesuburan.
- Meningkatkan
tahap 'kelakian'
Bagaimana hendak
berhenti merokok?
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
- Tetapkan
tarikh untuk berhenti
- Yakin
diri
- Buatkan
nota peringatan
- Katakan
pada diri anda "saya bukan perokok"
- Sentiasa
berfikiran positif
- Dapatkan
sokongan
- Gunakan
terapi penganti nikotin
- Amalkan
12M untuk berhenti merokok
Teknik berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :- Melengah-lengahkan
- Tunggu
5 minit atau katakan nanti sebentar
- Menarik
nafas panjang
- Tarikh
nafas 3 kali secara perlahan-lahan
- Minum
air
- Terutama
air masak. Elakkan minuman berkafein
- Menyibukkan
diri
- Buat
sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
- Menjauhkan
diri
- Daripada orang yang merokok
- Mengelakkan
diri
- Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
- Mengunyah
sesuatu
- Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
- Membasuh tangan selalu
- Mandi dengan kerap
- Meregangkan
otot
- Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
Sumber :
Sebagai tambahan -Guna Alat Bantuan (Terapi Pengganti Nikotin)
Banyak yang ada dipasaran seperti Nikotin tablet, Patches, gula-gula getah bagi memenuhi keperluan nikotin yang menggila. Atau boleh cuba VIVIX Shaklee, tonik ni akan membuatkan anda rasa tepu dan tak mahu dah hisap rokok. Anda akan rasa bau rokok ni busuk, rasa pahit dan rasa mencucuk-cucuk masa menghisap rokok.
Macam mana Vivix boleh buat perokok kalah unutk merokok? Ini kerana Vivix akan memulihkan DNA dengan cara membuang nikotin pada tahap sel-sel DNA. Jadi DNA akan kembali pulih dan dengan sendiri akan menolak bahan asing nikotin dari tubuh. Vivix Shaklee BUKAN terapi pengganti nikotin . Tapi ianya terapi membuang nikotin.
Selain itu sebagai bonus Vivix Shaklee juga akan meningkatkan prestasi jantung dan kadar metabolisma perokok. Ini kerana Vivix akan menyebabkan sel-sel aktif menghasilkan tenaga jantung dapat berfungsi dengan baik.
Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Raudhatul Mahfuzah - Call/SMS/Whatsapp : 011-10661057
Email: arrumaisahealth@gmail.com
FB Page: Ar Rumaisa Health
Tiada ulasan:
Catat Ulasan